PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA SAINS
1.0 PENGENALAN
Sains merupakan subjek teras yang terdiri daripada mata pelajaran sains dan penilaian kerja amali,Peka. Bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dari segi kualiti dan kuantiti mata pelajaran ini maka, pelbagai usaha dan program diatur oleh Panitia Sains samada dalam jangka masa pendek maupun panjang.
Perancangan Strategik Panitia Sains merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju panitia ini agar dapat menyumbang ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Justeru, Perancangan strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang dirangka bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
MOTO KURIKULUM
PEMBELAJARAN BERKESAN PRESTASI CEMERLANG